Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel taman perling

Jenjalan Tapau Makan : Citarasa Pantai Timur, Taman Perling

Imej
Jenjalan Tapau Makan : Citarasa Pantai Timur, Taman Perling. Balik dari vaksin itu hari singgah jap kat restoran ni. Nak tapau makan tengah hari. Sejalan kan. Restoran ni letaknya di Persiaran Layang. Sejurus sebelum trafik light. Dulu, bila balik dari bandar dan lalu perling, biasanya kami singgah sini jap. Actually kami pun tak tau nak makan apa pun hari ni. Tanyakan nasi lemak, habis. Nasi kerabu pun dah habis. Ye lah. Dah agak lewat sampai kan.  Tetiba ternampak ayam percik. Pergghhh. Lama tak pekena ayam percik ni. Tapau terus walau pada asalnya aku memang terliur masak pedas yang mama kata tu ikan tongkol la. Hahaha. Memang pandangan mata aku tak pernah mengecewakan, cuma badan aku je yang dah tak boleh nak amik ikan tu lagi. Tapi mama tapau jugak pasal memang nampak best sengsangat. Memang merana la aku nengokkan dioarang makan ikan tongkol tu nanti. Huhuhu. Memang best ikan tongkol dan ayam percik yang kami amik tu. Lama dah kot tak makan makanan cenggini pun ada jugak tu kot.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling. Gedebak gedebik kat Bukit Indah, sedar sedar dah jam 1 petang. Mana taknya. Dari jabatan tadi pun kami dah keluar around 12.30 tengah hari kot. Hehehe. Pusing pusing jenjalan. at last kami pilih nak makan kat Jakarta. Hahaha. Memasing milih menu lelain. Last last adi ikut Zaid la pulak. Tapi. Memang nampak menarik tul Nasi Talapia Penyet dia. Kalau la aku leh makan, memang aku pun nak. Mus amik gambo gego tul la. Tak bedong kot tangannya nih.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling. Yang ni memang terbaeekkk!!!! Kebetulan. Keluar cari choclair dan bekas untuk diberikan sebagai cenderahati pada birthday boys and girls mac area perling. Memang terbaeekkk!!!! untuk singgah sini makan tengahari. Ayam dia memang lembut. Ditambah dengan kriuk kriuk. Marbeles. Jangan tanya apasal pinggan aku ada tu aje. Semua aku kasi orang tinggal nasi ngan ayam aje. Wakakaka.

Jalan jalan cari makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling

Imej
Jalan jalan cari makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling. Memang leh tahan la kalau nak cerita pasal area JB. Letaknya berdekatan dengan SK Taman Perling 3, Jalan terus hala ke nursery. Bukan setakat ayam, habih semua kena penyek. Kui kui kui. Tapi memang marbeles ahh daging penyet dia. Terbaeekkk!!!!

Breakfast @Gerai Citarasa Pantai Timur, Taman Perling

Imej
Breakfast @Gerai Citarasa Pantai Timur, Taman Perling. Poning. Banyak kedai makan lum bukak. Cadangan awal nak makan kat Mee Udang Tiram Duku. Sekali on the way; nampak pulak gerai ni. Leh tahan. A must try.

Pizza hut taman perling

Imej
Pizza hut taman perling. Sebelum gerak balik. Makan lunch. Late lunch. Pakat nak mushroom soup la pulak.

Berjalan jalan dalam moody yang merudum

Imej
Berjalan jalan dalam moody yang merudum. Adohaiii... tetiba hilang mood seharian. kes simple ja. Sambungan meja laptop aku dah lunyai. Huhuhu... Kena pangku atas paha balik la lepas ni kalau dok kat katil. Terus hilang mood hari ni. Tapi, banyak tempat nak kena gi jugak ni. Jalan aje la. Read on...

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Perling

Imej
Tarikh : 28 Ogos 2010 Masa : 5.30 petang Tempat : Pasar Ramadhan Taman Perling Mood : Waaaaa.. kagum tuuhh Sebenarnya aku kuar berbelanja kat Tesco Bukit Indah sebenarnya. Kebetulan harga susu 4,5,6 murah hari ni. Selain tu nak beli air Mirinda yang jatuh RM1.80 sebotol. Dah beli dua karton. Masa nak balik dok pikir gak nak beli juadah kat mana. Ingat hari tu abah cakap Pasar Ramadhan Taman Perling leh tahan gak kalau nak dibanding dengan Taman U. Terus gerak ke Taman Perling. Memang betul. Besar habis. Leh kata banyak gak bender yang dijual kat sini. Mana taknya, hampir 6 row deretan gerai. Habis separuh tempat parking depan Perling Mall tu dibinanya gerai. Perghhh.. Mantopp.. Tapi masa nak kuar sikit jem. Yelah.. pengunjung dah start datang meramaikan majlis. Rela ada, polis pun ada; khusus nak kawal trafik tuh.. Klik untuk cerita penuh Nak amik duit pun senang, amik jer dalam perling mall nih. Pastu baru turun membeli belah kat pasar ramadhan kat bawah dia..