Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tempat berbelanja

Tesco Bukit Indah... again??

Imej
Pagi ni sekali lagi keluar untuk urusan cuti mama. Sekali tak dapat settle lagi kat hospital. Sebab kerani tu dah cakap tunggu sampai dia call, so pergi la ke Tesco jap. Ada la sesikit barang Ziqri yang dah hampir nak habis perlu ditopup. Masuk dalam.. Cam biasa.. Terus carik barang yang dikehendaki dulu. Iqa dan Inaz dan cam huru-hara nampak bebudak lain dok tolak troli kecik. Yaa.. kat tesco ni ada troli kecik untuk bebudak. So, biar jer la diaorang tolak sorang satu. Dah settle beli semua.. hampir 80% berjenama tesco jer.. Ye lah.. kalau setakat pergi tesco beli barang biasa, aku rasa kat tempat lain pun ada yang lebih murah. Tapi kalau barang tesco.. memang la takde tempat lain kan. Turun bawah dan terus simpan barang lam bonet keter. Lepas jer simpan barang, masuk balik; pasal aku parking depan pintu kuar tesco hahaha.. masuk balik untuk makan. Iqa cam biasa makan mihun soto ngan inaz. Aku makan yee mee.. Tapi iqa kata soto kat sini tak best. Dedua sibuk dok taram yee mee aku.

Berbelanja | Pasar tani Baling, Kedah

All videos taken by mknace using SE750i, compiled using Sony Vegas, uploaded to Youtube.com Kalau ikut nak buat bakar-bakar untuk makan besar malam ni. Tapi sebab pakcik nak ke Johor petang ni, maka terpaksa tarik jadual. Kita akan mula membakar sebelah tengahari. So, pagi ni keluarla meronda ke pasar tani baling. Pasar tani ni terletak sebelah market. Hari ni pun kurang sikit pengunjung dan peniaga ke sini. Maybe sebab masih dalam mood raya. Abah nak cari kerang sama ikan. Yang dapat ikan jer. Mama nak cari tudung sama belacan. Belacan jer yang dapat.

Pasar Ramadhan Taman Universiti, Skudai

Imej
Petang ni kuar gi Taman Universiti. Sebab utama Susu 4,5,6 kat Giant murah; baru RM17. So bertolak la ke Giant. Bayar 3 kali sebab sekali beli 3 jer. Masa kuar si adik dok sibuk nak main gajah. Layan jer ler. Masa kuar singgah jap kat Pasar Ramadhan dia. Best. Maybe sebab aku dah lama kat sini kot. Jadi dah serasi kat sini. Sempat beli mee rebus, n then cari ikan terubuk bakar. Yummy.. Foto Montaj

Pasar Ramadhan Gelang Patah

Imej
Petang ni nak kuar meninjau apa yang ada di Pasar Ramadhan Gelang Patah. Ingatkan na ajak Iqa ngan adik sekali, tapi dedua dah terbongkang tak sedar diri. So, kuar berdua jer ler ngan mama. Pasar ni macam biasa terletak di Tapak Pasar Tani. Depan CIMB, seberang jalannya. Tapi secara overall, aku rasa pilihan yang sama, atau senang cakap kenapa jual benda yang hampir sama je. Variety sikit kureng la (maybe tak sampai taste aku kot). Maybe jugak pasal nampak ada gerai-gerai yang masih kosong. Gerai yang maybe aku belanja nanti pun maybe gerai ni jugak kot. Gerai sup. Yang lain cam biasa jer dari pandangan aku la. Foto montaj