Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terkini

Terkini : 100 maut serangan di Paris

Imej
Terkini : 100 maut serangan di Paris PARIS: Perancis malam tadi digegarkan dengan tembak menembak, letupan dan tawanan tebusan di beberapa tempat di ibu negara Paris dengan Presiden, Francois Hollande menyifatkannya sebagai serangan pengganas terhadap negaranya. Televisyen tempatan dan perkhidmatan berita memetik polis bahawa sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh setakat ini manakala berpuluh lagi cedera dalam empat serangan terancang. Salah satu letupan meledak di stadium utama Perancis apabila skuad bola sepak Perancis bertemu Jerman sehingga memaksa Hollande dibawa keluar dari stadium.Dalam sidang media sejurus mengadakan mesyuarat kabinet tergempar, Hollande mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan semua pintu sempadan ditutup."Ketika saya bercakap ini, serangan pengganas dalam skala yang di luar dugaan sedang berlaku di wilayah Paris," katanya."Ramai terbunun dan cedera, ia amat menakutkan," katanya. - Agensi Berita : Berita Harian Foto : AFP

10 Jemaah Malaysia Cedera, 6 Belum Dapat Dikesan Dalam Insiden Kren Tumbang Di Makkah

Imej
10 Jemaah Malaysia Cedera, 6 Belum Dapat Dikesan Dalam Insiden Kren Tumbang Di Makkah Datuk Seri Jamil Khir Baharom PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki. "Tiga daripada mereka kini dirawat di hospital Arab Saudi, enam di Pusat Rawatan TH (Tabung Haji) dan seorang telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan," katanya dalam sidang media di Kompleks TH di Kelana Jaya di sini Sabtu. TH, katanya, sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah - dua lelaki dan empat wanita - berkenaan. "Yang belum dikesan itu sudah dikenal pasti...menurut andaian dan pen

Maklumat terkini SPS - Sistem Makluman

Imej
Maklumat terkini SPS - Sistem Makluman Mulai 23/12/2013, semua makluman berkaitan pengurusan dan pentadbiran SPS serta tatacara penggunaan SPS akan dibuat melalui ruangan ini. Makluman: 1.Mulai 23/12/2013 guru boleh melaksanakan LANGKAH MENGUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) DALAM SPS dan MENEMPATKAN MURID SECARA MANUAL SETELAH DIUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) Tatacara proses ini boleh diperoleh dari pautan ini : http://freepdfhosting.com/ba3b06f13e.pdf Mulai hari ini, bila anda online ke portal SPS, anda akan dapati satu perkara baru telah ditambah dibahagian tepi kanan ruangan login. Ni lah dia sistem makluman baru yang diperkenalkan. Melalui kaedah ini diharapkan kecairan maklumat yang diterima oleh sekolah akan dapat dikurangkan dan sekolah akan dapat menjalankan proses yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.