Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tragedi MH370

Tragedi MH370

Imej
Tragedi MH370 Kronologi Tragedi MH370 KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Berikut kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, hampir 17 bulan selepas ia terputus hubungan pada 2.40 pagi, 8 Mac tahun lepas. Pesawat tersebut terputus hubungan di kedudukan, 120 batu nautika ke timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan, dan tiada tiada-tiada mengenai isyarat kecemasan daripada pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang. Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Penumpangnya terdiri daripada rakyat Malaysia (38), China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu). Berikutan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR melibatkan pelbagai negara d