Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tribute

En. Ziqri pun nak nyanyi jugak

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : 2.30 petang Tempat : Depan TV Mood : Sesaja nengokkan si ziqri ngan kakak kaka dia Mama dia baru ja dengar lagu lagu tribute to P.Ramlee. Ala.. yang astro buat tu.. Memang cam serabai bila bebudak tu nyanyi balik. Aku pun suka yang memula tu jer. Lagu Di mana kan ku cari ganti.. tu pun berapa ramai yang nyanyi cam haremm ja.. Mama suruh iqa nyanyi balik lagu lagu yang dinyanyi diaorang tu. Mama kata nak wat tribute sendiri, nanti haplod ke youtube. Si ziqri nengokkan ja semua. Pastu dia pun dok nak tarik tarik kabel mic dengan kabel vcam tu. Maybe dia kata dia pun leh nyanyi la.. Last last main ja la dengan bola tangkis, bulu tangkis yang dimodified untuk bebudak nih.. Jadi la Ni dah gaya amy search dah ni.. nak makan bola ka apa nih Tu baru sikit ja tau abah.. nanti ziqri kasi lagi power punya Baru nak kasi lagi power lagu dah abis daaa Enjoice...Sharing is power!!!

Welcome to the new world

Imej
Semalam, aku dah mula menjalankan tugas secara rasmi di PPD Johor Bahru. Selesai sahaja urusan pertukaran iqa, setel down dia kat sekolah baru dia, serah tugas kat sekolah lama; langsung ke SMK Mohd Khalid. Terus kena handle masalah berkaitan NKRA. Wahhh.. Memang tak disangka akan terus memecut sebegini laju, bukan lagi gear4, bukan lagi gear 5; terus tekan nitro jer ni.. Apa pun yang diberi, aku kena laksanakan dengan sebaiknya. Kini aku bukan lagi handle masalah satu organisasi yang kecil, malahan aku kena handle satu daerah. Semoga Tuhan akan sentiasa membantu mempermudahkan setiap lorong yang akan aku pilih selepas ni. InsyaAllah. BTW.. Thanks a lot kepada guru-guru di SK Taman Tun Aminah 1 atas semua dan kerjasama yang telah kalian berikan sepanjang aku bertugas di sana. Kenangan bersama kalian memang sukar untuk dilupakan. Thanks Hazim untuk page tribute untuk aku tu. Tak pernah aku sangka akan kuar segala gambo-gambo aku tu. Hihihihi.. :: Klik untuk cerita penuh ::

Tribute to Din Beramboi

Imej
Sedih pulak hari ni. Lepas sorang, sorang mengingatkan kembali pasal Din Beramboi. Memang aku pun suka gak kat dia, terutama kalau dia bawak watak ciner.. Teringat balik sawancara yang dia jadi Eric Leong.. Kelakar.. Tapi yang paling aku ingat pasal dia adalah karaoke Ah Long Bukit Beruntung. Ni masa dia ngan Afdlin dulu.. Tu yang bila dengar Afdlin cakap pasal dia tadi, teringat balik pasal Ah Long Bukit Beruntung ni.. Tengok la balik.. Huhuhu.. Al-Fatihah untuk arwah.. Semoga rohnya dirahmati Allah hendaknya.. Enjoice...Sharing is power!!!