Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel upsr 2015

UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A

Imej
UPSR 2015: 38,344 Calon Dapat Semua A Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini. Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A. "Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Keputusan UPSR 2015 Diumum 17 November

Imej
Keputusan UPSR 2015 Diumum 17 November Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa (17 Nov). Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 Nov. Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888. Sejumlah 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,134 pusat peperiksaan seluruh negara. -- BERNAMA -- Foto : Berita Harian Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

UPSR 2015 - the missing picas @SK Taman Nusa Perintis

Imej
UPSR 2015 - the missing picas @SK Taman Nusa Perintis. Alhamdulillah. Dapat jugak aku retrieve balik picas picas ni dari microSD aku tu. Tapi sampai ke la, masih tak dapat format. Huhuhu. Kenkurang gabo gambo ni dapat save dah kira ok la kan.

UPSR 2015 Day 1 @SK Taman Nusa Perintis

Imej
UPSR 2015 Day 1 @SK Taman Nusa Perintis. Hari Pertama. Full day with Iqa kat sekolah dia. Tiga paper hari ni. BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 2. Ramai juga parent yang ada. Hope for the best. PS : Gambar sebenarnya sangat banyak aku amik. Banyak pada SJCam. Sayang. SD Card pulak buat hal. Ada tapi takleh read pada mana mana device yang lain. 16Gb tuhhh...

Solat Hajat Perdana UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Solat Hajat Perdana UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Petang ni ke SK Taman Nusa Perintis seawal jam 7.00 malam. Ada majlis khas untuk parent murid Tahun 6 ini malam. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin. Seterusnya disampaikan sedikit tazkirah ringkas sementara menantikan waktu Isya'. Selapas selesai solat Isya' berjemaah, majlis diteruskan dengan Solat Hajat. Tahniah pada semua yang hadir. Semoga anak-anak kita diberkati olehNya.

Go for 5A in UPSR 2015 Majlis Akujanji Pelajar SK Taman Nusa Perintis the video

Imej
Go for 5A in UPSR 2015 Majlis Akujanji Pelajar SK Taman Nusa Perintis the video. Video akujanji yang dilafazkan oleh murid tahun 6 SK Taman Nusa Perintis.

Go for 5A in UPSR 2015 Majlis Akujanji Pelajar SK Taman Nusa Perintis

Imej
Go for 5A in UPSR 2015 Majlis Akujanji Pelajar SK Taman Nusa Perintis. Masa majlis ni aku kat KL. Mama ja yang dapat gi. Apa pun. Semoga Iqa berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2015 ini. InsyaAllah.