Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel yang

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini

Imej
JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini Operasi banteras guna lampu strobe light, HID 1 Nov. ANTARA lampu HID yang tidak dibenarkan oleh JPJ mulai 1 November ini. PUTRAJAYA 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi mulai 1 November ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya turut menetapkan 1 Mei tahun depan sebagai tarikh bermulanya penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa mengikut syarat ditetapkan oleh JPJ. Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi lagi berhubung penguatkuasaan keempat-empat perkara tersebut kerana kaitannya dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. "JPJ memberi te

Tahniah dan selamat datang Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu

Imej
Tahniah dan selamat datang Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu. Seluruh warga pendidikan negeri Johor merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Johor yang baharu. Semoga pendidikan Johor terus gemilang di bawah teraju tuan. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Senarai badan yang menawarkan biasiswa 2014

Imej
Senarai badan yang menawarkan biasiswa 2014 foto shared from http://www.um.edu.my Berikut disenaraikan laman web dan portal bagi badan dan agensi yang menawarkan biasiswa bagi tahun 2014. Mohon sebarkan kepada pelajar lepasan SPM 2013 dan sesiapa yang memerlukannya. Biasiswa Tun Rahah http://scholarshipmalaysia. blogspot.com/2013/08/master- degree-scholarship-tun-rahah. html#axzz2wTejXdXf PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014 http://scholarshipmalaysia. blogspot.com/2013/11/petronas- education-sponsorship.html# axzz2wTejXdXf Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014 http://scholarshipmalaysia. blogspot.com/2013/12/uplands- international-education.html# axzz2wTejXdXf Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014 http://scholarshipmalaysia. blogspot.com/2013/12/biasiswa- kuok-foundation-politeknik. html#axzz2wTejXdXf MNRB Scholarship Fund 2014 http://scholarshipmalaysia. blogspot.com/2014/01/mnrb- scholarship

Pagi yang gemilang

Imej
Pagi yang gemilang. Ni pagi isnin terakhir kami di johor memulakan minggu bermula isnin. Start minggu depan dah mula ahad sebagai pemula minggu. Lawa pulak langit pagi ni. Ikut laluan terdekat. Dua hari ja tinggal untuk guna laluan ni. Pasni sekolah dah buka. Memang dah takleh lalu lagi dah. Laluan ni memang tak sampai 22km. Confirm.

Pagi yang cemerlang

Imej
Pagi yang cemerlang. Bak kata orang bijak pandai. Lepas subuh jangan tidur lagi. Teruskan urusan yang sepatutnya. Sent from Samsung Mobile

Malam yang cemerlang

Imej
Malam yang cemerlang. Lawa langit malam ni. jenuh gak nak setting manual supaya dapat amik gambo langit ngan bulan nih.

Bayar lebih apa yang kita dapat?

Imej
Aku dah dua bulan berturut bil negatif. Apa aku dapat? Yillek. Cuba terbalikkan. Dua bulan tak bayo. Teruih dapat bil merah. Yang ni aku pernah kena kat rumah aku kat pulai perdana. Berapa aku hutang? Dalam 30 hengget ja. Pastu potong. Tu pasal aku tak dok sana. Aku bayo lewat beberapa bulan. Tu yang bila aku tanya baki, katanya dia yang berhutang ngan aku lam 50 hengget gitu. Kekeke. Ni ler donia kita. Sent via Samsung Mobile

Hari yang membosankan

Imej
Hari yang membosankan. Ingatkan semalam dah abih bosan dah. Rupanya, hari ni lagiii bosan. Dok baring, makan, ubat, tido, dan ulang semula apa yang aku dah tulih tu. Yang pelik tu, perut asyik lapo jah. Tak pernah lagi aku rasa cenggini sebelum ni. Jangan aku naik kije minggu depan bersama lemak lemak baru yang berjaya diternak sepanjang aku MC ni udah ler... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ucus : Pagi Jemaat yang sempoi

Imej
Baru rasa tenang sikit hari ni. So, aku akan haplod semula semua yang berlangsung pada kenduri lepas. Enjoiceee... Ni pagi jemaat lepas. Aku pun bercuti pasal nak ready untuk majlis kenduri ucu hari ahadnya. So, pepagi ni sesaja jengjalan keliling rumah sementara dok nanti yang lain mula... lama aku tak hapdet pasal rumah. Sian semua orang dah terhenti info pasal rumah ni. Ni la yang latest.. Arang yang akan digunakan untuk masak esoknya tempat telur yang akan diisi semula ngan telur pindang yang akan diangkat malam ni kulat pun kena snap. nampak sangat sekeliling umah aku merantau sesi makan derian pun tak ketinggalan Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Sampah yang menyampah

Imej
Ada majlis, ada la sampah. Tak kira la, majlis kecik ka, majlis beso ka, majlis tupperware pun ada. So, sampah sampah ni mesti la dibersihkan. Dan yang paling best, biasanya aku jadi tukang clearing sampah la. Pastinya sampah ni perlu dibuang di tong besar majlis punya la. Kat baling pun ya, kat gelang patah pun ya. Cuma yang aku tak gemo bila tiba ke tong beso nih... perrggghhhh... punya la banyak yang bertaburan di luar kotak tu. Salah sapa ni. Bagi aku, diri sendiri dulu. Pastikan sampah tu dimasukkan lam tong tu. Penat orang cipta tong, tabur sesuki ja kat luar. Bukan jauh nor pun dalam tong sampah tu. Yang kedua, maybe majlis patut fikirkan tong yang lebih sesuai kot. Tong ni bagi aku sangat tinggi. Aku baling sampah aku pun macam aku baling tukul besi lam olimpik tau. Sebab apa. Aku kena buat apa yang sepatutnya. Aku tak suka komen, pastu aku sendiri pun buat yang sama. Kan bangang namanya tu. Kira hari ni sampai hampir 12 kali aku ulang alik ke sini. Buat training baling tuku

Bulan Julai yang over sibuk

Imej
Mari pilih donut kat big apple Awal bulan Julai ni tetiba menjadi sibuk. Sedari awal bulan sampai ke sebelum bulan puasa, jadual aku jadi sangat packed . Over packed ! Bayangkan mula 2-3 aje dah sibuk mesyuarat di Putrajaya untuk Barisan hadapan. Baru ja balik dah mula sibuk dengan Dialog Nasional. Kena pulak jaga bahagian Publisiti dan Siaraya. Dari sebelum sehingga semasa. Jadi sangat sibuk. Habis ja Dialog sambung ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat MAP pulak. Adohai. Nak pulak drebar buat hal pagi tu. Dah kena drive sendiri. Balik Jemaat lepas ingatkan nak amik cuti, sekali ada awareness programme la pulak. Layan semua. Hari senin ni aku cuti. Tu pun tak tau sekiranya tetiba kena panggil. Harap harap dapat aku cuti hari senin tu. Dah over stress dah ni rasanya. ps : Blog pun dah tak sempat nak di maintain lagi. Tu kira OK lagi, yang sampai tak sempat call bini sendiri sapa nak jawab! Haaa... kau jawab la sendiri. Kui kui kui. pss : hari ni banyak la entry entry terlepas a