Seharian di Stadium Larkin
Hari ni seharian la aku kat Stadium Hassan Yunus ni. Stadium lebih senang kami panggil Stadium Larkin jer.. Sebut Stadium Hassan Yunus kena pikir dua tiga kali la jugak.. Kesahnya ada Kejohanan Olahraga Zon Skudai kat sini pagi ni. Pagi ni aku kena in-charge bebudak quartermaster ni. Bebudak pengakap sekolah aku la. Pukul 7.20 kena merentas Angsana, memang haru la jawabnya. Dan memang, pagi ni jem memang giler babas sekali. Tensen beb.. Alhamdulillah.. berkat potong jalan dalam beberapa kali berjaya gak kami sampai sana lam kul 8.45 pagi. Semua sekali lak tu. Sekali tengok, si Shahir ada kat sana, si Sajuli tu ada kat tangga sinun. Habih la bilik-bilik khas berkait ICT sekolah aku hari ni, tutup rapat la jawabnya. Semuanya pakat kuar khusus untuk olahraga zon skudai ni nampaknya. :: Klik untuk cerita penuh :: Bebudak QM aku.. dah macam dugong jumpa pantai gamaknya. Troli pun pakat jakun nak naik reramai.. Sian tul aku nengokkan. Ada jugak yang kena sedas dua ngan aku ni.. Aku??! Pun ca