Catatan

Selamat Datang Adik Ensem Baharu

Imej
Selamat Datang Adik Ensem Baharu. Semalam. Pakat pakat la kami ke Hospital Sultan Ismail. Ani dah selamat lahirkan sorang adik ensem. Alhamdulillah. Penat juga nak mengharung jem sebelum sampai. Line digi agak tak bagus kat sini. Susah jugak nak cari wad bersalin ani ni. Turun ke cafe cari makanan serba sikit sebelum gerak balik dengan the kebudaks.

Sekolah Tun Fatimah : 201170812 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 201170812 Outing. Paginya kena hantar mama gi SMK Kangkar Pulai dulu. Sempat la jumpa homeroommate dedolu. Eton. Kekeke. Lecturer kat UTM rupanya hang nooo... Borak lebih kurang. Balik. Datang semula amik dalam jam 12.30 tengahari dan terus shoot ke STF. Amik iqa. Sekali dia nak makan asam pedas daa.. dah kena merayap ke Selera Johor. Makan chicken chop lagi la jawabnya. Hehehe. Pastu gerak ke Jakel cari kain untuk iqa nyer projek, sebelum merayap di Uda untuk fotostat dan sebagainya. Lum cerita terpaksa patah balik ke Mydin sebab tak jumpa kat Uda. Sempat menapau DVD untuk ici kat sini. Kekeke. Setel. Hantar iqa balik dan terus gerak pulang. Seharian juga jadinya.

Sekolah Tun Fatimah : 20170805 STF Band at Majlis Penerimaan Bas Baharu Srikandi

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170805 STF Band at Majlis Penerimaan Bas Baharu Srikandi. Meriah group Whatsapp STF Band Parents hari ni. Jap jap masuk berita. Jap jap masuk foto. Jap jap masuk video. Seronok jugak layan. Aku memang tak pergi STF hari ni. Layan Whatsapp aje. Tengok CG pun dah ada 3 varians pakaian dah. Tahniah pada semua yang terlibat. Meriah! All the best pada Band STF. Harap Jakarta 2017 Grand Prix Marching Band menjadi nyata. Kita boleh! Foto ni semua dari group ni je. Sapa yang nak menyumbang amat dialu-alukan. All the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20170804 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170804 Lawatan Hujung Minggu. Semalam singgah Mat Corner terlebih dahulu. Alhamdulillah. Ada rezeki dapat makan Nasi Ambeng hari ni. Pastu baru gi beli food untuk Iqa. Selesai baru la gerak ke STF. Ramai orang hari ni. Terus gerak ke kantin untuk late lunch. Suka Iqa dapat makan nasi ambeng. Layan.

Klinik Gigi Gelang Patah : The return of Iqi

Imej
Klinik Gigi Gelang Patah : The return of Iqi. Semalam. Baru berpeluang untuk return bagi gigi kedua Iqi yang sepatutnya dicabut. Dia dah aware banyak. So. Kena beringat la sikit kan. Kekeke. Main bahasa isyarat aje ngan doktor. Sib baik lepas kena bius dah ok. Cabut gigi dia senang aje. Alhamdulillah. Azabnya tang nak cucuk ubat bius aje ler. Hehehe. Hmmm... Baru perasan. Lepas ni dah kena bayar parking ye kat gelang patah.

Gebooz Gedikz : Edisi lepak lepas sunat

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi lepak lepas sunat. 28 Julai setel Gebooz kena sunat. Sian dia. Semua sedih nengok dia. Lalok sikit pun ada. Cam ngengkang pun ada. Doktor suruh tukar pasir kepada kertas carik untuk 3 hari. Takut terluka. So. Banyak masa duduk dalam sangkar la. Kang kena henshin ngan para 'kami redo' cilik sapa nak jawab kan. Kipidap Booz!

Layan maggi bersama Mus

Imej
Layan maggi bersama Mus. Takde kerja tul bila tetiba terasa nak melantak maggi masa lunch. Masak tau. Bukan main taruk air panas aje. Layan aje ler. Ni pun masih terasa nak melantak megi. Kes layan bideo geng korea ngetest megi kat media sosial tu la. Hahaha.

Menyusuri Sungai Ketil, Baling

Imej
Menyusuri Sungai Ketil, Baling. 23 Jun. Sampai ja Baling itu hari, Iqa terus ajak ke sungai. Nak sambung projek geografinya. Petang tu jugak pakat merayau kat sungai Ketil. Tinjau. Amik gambar. Setel ja terus buat soal selidik pasal sungai tu. Sempat berjalan-jalan ke tempat-tempat glamer sepanjang sungai Ketil. Dulu dulu. Sini la tempat utama lepak bila air takde. Syiokk wooo. Pastu tok wan siap ajak nengok pokok kurma kat pekan lama. Posing sakan kebudaks ni semua.

BENGKEL KERJA PENGEMASKINIAN DAN PENYEDIAAN DOKUMEN PENGURUSAN DATA PENDIDIKAN 2017

Imej
BENGKEL KERJA PENGEMASKINIAN DAN PENYEDIAAN DOKUMEN PENGURUSAN DATA PENDIDIKAN 2017. Bermula 31 Julai sampai 3 Ogos, kami berkampung di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru menyiapkan dokumen pengurusan data. 4 kumpulan dibahagikan. Fail Meja GDM, Fail Meja PPD, Manual Definisi Variabel dan Utiliti. Aku dalam group utiliti. Lam hati meronta nak masuk group Manual Definisi Variabel. Kekeke. Takpe la. Mana mana pun sama jugak pentingnya. Saling berkait. Alhamdulillah. Selesai jugak draf dalam 4 hari. Dokumen akan dimurnikan lagi lepas ni. InsyaAllah. 2 minggu lagi kita semua dapat pakai dokumen terkini. Terbaeekkk!!!! Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat.

Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN/PPD Bil.2 Tahun 2017 Negeri Johor

Imej
Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN/PPD Bil.2 Tahun 2017 Negeri Johor. 31 Julai. Mesyuarat dilaksanakan di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai. Dimulakan dengan maklumat, inisiatif dan teknikal. Tahniah dan terima kasih atas kehadiran semua yang terlibat.